RED COMMUNICATIONS SDN BHD
PROFIL SYARIKAT
 


Red Communications telah ditubuhkan pada tahun 1999 sebagai sebuah Syarikat Produksi dengan objektif mewujudkan kandungan yang inovatif melalui para penerbit berdedikasi dan bakat kreatif yang akan memastikan idea-idea baru dan mengujakan.

Red Communications telah membina reputasi sebagai salah sebuah Syarikat Produksi utama dalam menerbitkan kandungan yang menghiburkan sambil memberi maklumat, terutamanya bagi kanak-kanak, remaja, wanita dan sukan.

Tahun ini sebuah anak syarikat yang khusus bagi pembikinan filem telah ditubuhkan bagi menguruskan projek-projek oleh para pembuat filem ‘independen’. Dengan nama Red Films, ia bertujuan menerbitkan dan mengedar filem-filem ‘independen’ untuk pasaran Malaysia dan luar negara serta mencapai tahap kualiti antarabangsa dalam pembikinan filem.

Antara Terbitan Kami:

1. Satelit, sebuah siri rancangan ‘infotainment’ untuk kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 yang ditayangkan setiap hari di Astro Ria dan setiap minggu di Rangkaian Suria Singapura. Grafik pembuka siri ini telah mendapat kepujian tinggi di Asian Television Technical and Creative Awards 2001.

2. 3R – Respect, Relax, Respond, sebuah siri rancangan setengah jam yang bertujuan menguasakan wanita muda tentang isu-isu kemasyarakatan dan diskriminasi gender. Ia disiarkan di Astro Ria, TV3 dan Rangkaian Suria Singapura. 3R telah memenangi Anugerah Rancangan ‘Infotainment’ Terbaik di Asian Television Awards 2002; Anugerah Riben Merah 2002; dan Anugerah Rancangan Majalah Terbaik (Perak) di Malaysian Video Award 2003.

3. 3R Filipina – Rancangan setengah jam yang mengikuti format 3R Malaysia dengan 26 episod disiarkan di Rangkaian GMA di Filipina.

4. Generasi, sebuah siri drama-rencana tentang cabaran dan kehidupan orang muda di bandar dan luar bandar Malaysia. 26 episod kesemuanya dan disiarkan di Astro Ria.

5. Imej, sebuah siri rancangan majalah tentang wanita dan gaya hidup yang disiarkan di Astro Ria.

6. XS1, sebuah siri rancangan teknologi di Astro Ria.

7. 1,2,3 sebuah siri rancangan setengah jam khusus buat para ibubapa. Disiarkan di TV3, Astro Ria dan Rangkaian Suria Singapura

8. Promo-promo dan “interstitial” untuk rangkaian Nickelodeon, Animal Planet, Disney Channel dan AXN Channel.

9. Asian Enigma sebuah siri rencana untuk rangkaian National Geographic. Kami membekalkan tenaga penyelidik dan produksi serta menerbitkan episod Malaysia.

10. “Informercial” and “vignette” untuk TMnet, Maxis, Astro, Lancome, Loreal, Maybelline, Sony, Kotex, TDC, ICI Dulux dan banyak lagi.

11. Video-video untuk Majlis Aids Malaysia, Bangsa-bangsa Bersatu, UNICEF, Women’s Crisis Centre dan banyak lagi.

12. Muzik Video untuk Siti Nurhaliza, Exist dan Yassin.

13. AXN Challenge Hong Kong, AXN Challenge Malaysia

14. Six Degrees North – penyelidikan dan tenaga produksi di Malaysia untuk Discovery Channel

15. Kandungan kreatif dan arahan bagi Audio Video untuk Boh Cameronian Arts Awards 2003, 2004,

Antara Filem dan Filem Pendek:

1. Penerbit Bersekutu bagi Filem Cereka “The Big Durian” arahan Amir Muhammad.

  • Senarai Rasmi 2004 Sundance Film Festival
  • 2003 International Documentary Festival Amsterdam
  • “Special Mention” Ogawa Shinsuke Prize, 2003 Yamagata
    International Documentary Film Festival
  • Singapore Film Festival

2. Filem pendek: “Your World My World” arahan Low Ngai Yuen
Pemenang Pertandingan Filem Pendek Evian Starlight Cinema Singapura 2003

3. Penerbit Bersekutu bagi Filem Cereka “The Beautiful Washing Machine” arahan James Lee

  • Singapore Film Festival ke-17
  • Hong Kong International Film Festival ke-28
  • Munich Film Festival ke-22
  • New York American Asian Film Festival ke-27
  • Montreal World Film Festival ke-28
  • Pusan International Film Festival ke-9
  • Bangkok International Film Festival 2005 – pemenang Anugerah Filem Cereka Asean Terbaik

4. Filem Cereka: “Sanctuary” arahan Ho Yuhang

  • Pemenang “Special Mention Award” 9th Pusan International Film Festival
  • Rotterdam International Film Festival

5. Filem Cereka: “Visits” arahan Low Ngai Yuen, James Lee, Ng Tian Hann, Ho Yuhang, tayangan di: - GSC international Cinema di KL dan Penang

  • Tokyo International Film Festival
  • Pemenang Filem ASEAN Terbaik (Gangsa) Malaysian Video Awards 2004
  • Rotterdam International Film Festival