Pengarah Filem : Bernard Chauly


BERNARD CHAULY telah mendapat ijazah Sarjana dalam Drama Televisyen dengan Kecemerlangan dari Goldsmiths College, University of London pada sesi 1999/2000. Pendidikan asas beliau dalam bidang ini telah diterima di Universiti Sains Malaysia di mana beliau lulus dengan Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian Kelas Pertama), dengan pengkhususan dalam Filem/Televisyen dan minor di dalam Antropologi/Sosiologi (1993/97)

Bernard telah menerima 5 Malaysian Video Award:

  • Filem Pendek Terbaik – ADAM & STEVE (2000/ UK/Malaysia / 17min) - 2001
  • Rencana Terbaik – WAYANG KULIT: FEAST OF THE SHADOW SPIRITS (1999/ 24min) – 2000
  • Video Eksperimental Terbaik (Amatur) – SAYING GOODBYE (1997 / 6min) – 1998
  • Rencana (Perak) – MAIN PATERI: DANCE OF THE INNER WINDS (1998 / 45min) – 1999
  • Muzik Video (Gangsa) – DEBARAN CINTA (2003 / 5min) - 2003

Kini, Bernard bekerja secara bebas sebagai pengarah, pensyarah dan kurator. Sebagai pengarah, antara projek-projeknya yang terbaru termasuk:

  • 3R – HANYA NAK BERAYA (episod khas Raya), BUKAN SALAH SAYA (rogol temujanji), GADIS LIAR (gangsterisme), ITU HANYA BANGSA (identiti), AIR MATA LELAKI (lelaki dan emosi) – Red Communications untuk TV3 & Astro – 2003/04
  • MULTIMEDIA SUPER CINTUN (cereka TV khas Hari Merdeka) – Ten On Ten Pictures untuk NTV 7, dibintangi Azhar Sulaiman dan Norzizi Zulkifli - 2003
  • PIALA UNTUK MAMA (Siri Odisi) – Ten On Ten Pictures untuk NTV 7, dibintangi Erma Fatima dan Sazzy Falak – 2003
  • DEBARAN CINTA (Muzik Video) – Red Communications, dibintangi Siti Nurhaliza & Nicholas Saputra - 2003
  • Pelbagai IKLAN/INFOMERCIAL TV untuk Hotlink, TMnet, Lancome, Bank Mandiri (Indonesia), dan lain-lain…
  • MALAYSIAN ART NOW – rencana untuk Galeri Seni Kebangsaan, KL

Bernard juga merupakan kurator Malaysian Video Awards Festival dari tahun 2002 yang diadakan setiap tahun di Galeri Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur serta kurator Malaysian Shorts kelolaan Kelab Seni Filem Malaysia. Karya-karya beliau telah ditayangkan di pesta-pesta filem di sekitar Malaysia, London, Edinburgh, Berlin, Bangkok, Jakarta, dan Singapura tetapi fokus beliau ialah berdialog dengan orang Malaysia.