Penerbit : Lina Tan


Selepas mendapat ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan pengkhususan dalam Filem dan Televisyen dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1991, Lina telah menyertai dunia penerbitan iklan televisyen. Beliau bekerja sebagai penerbit di syarikat-syarikat produksi di Malaysia dan telah mengendalikan penerbitan pelbagai jenis iklan dengan bajet tinggi hingga sederhana, dan berganding dengan pengarah-pengarah asing dan tempatan.

Pada bulan Ogos 1999, Lina telah membuka Red Communications Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan yang mengkhusus kepada kanak-kanak, isu remaja, wanita dan sukan. Klien-klien Red Communications termasuk stesen-stesen TV, syarikat-syarikat korporat, agensi-agensi pengiklanan dan petubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Lina telah mencipta pelbagai rancangan TV dan “interstitial” serta menerbitkan beberapa filem “independent”. Beliau juga telah mengarahkan beberapa projek untuk siaran tempatan dan antarabangsa.

Tahun ini, Lina telah menubuhkan red Films sebuah anak syarikat yang mengkhusus kepada penerbitan filem. Filem pertama yang diterbitkan sepenuhnya oleh red Films adalah Visits: Hungry Ghost Anthology, sebuah filem seram dengan 4 orang pengarah yang ditayangkan di Golden Screen Cinemas dan telah memenangi gangsa di Malaysian Video Awards baru-baru ini dalam kategori Filem Asean Terbaik. Ia juga telah ditayangkan di Tokyo International Film Festival dan Rotterdam Film Festival.