RAFIDAH ABDULLAH merupakan wajah yang tidak asing lagi di kaca TV
Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pengacara asal rancangan
popular 3R, dan kini beliau kembali mengacarakan rancangan tersebut
setelah pulang dari pengajiannya di London.
Berbekalkan ijazah Sarjana Muda
Undang-undang (Kepujian Kelas Kedua Tinggi) dari Universiti Malaya,
Rafidah telah mengejar cita-citanya untuk menjadi penulis. Beliau
telahpun menulis skrip untuk pelbagai rancangan di Astro dan TV3,
termasuk 3R. Episod 3R yang ditulis oleh beliau berkenaan ‘haid’
telah memenangi Anugerah Rancangan Infotainment Terbaik dalam 2002
Asian Television Awards di Singapura.
Pada akhir tahun 2002, beliau
mengambil keputusan untuk ‘berehat’ selama setahun dari
mengacara 3R setelah menerima Biasiswa Chevening yang berprestij
dari British High Commission. Dengan biasiswa tersebut, beliau telah
ke London untuk menjalani kursus Sarjana dalam Penulisan Skrip,
dan kini beliau telahpun lulus dengan Cemerlang dan kembali ke tanah
air.
Hasil tulisan beliau termasuk:
- 3R – terbitan Red Communications
- Table For Two – drama
komedi romantik oleh Popiah Pictures, dibintangi oleh Azizan Nin
dan Melissa Maureen Rizal, dan disiarkan di TV3
- Satelit – terbitan
Red Communications
- Generasi – terbitan
Red Communications
- Video Persembahan Anugerah
Venture 2001 (Venture 2001 adalah pertandingan seluruh negara
untuk usahawan-usahawan dalam industri teknologi)
- Segmen berita tentang sambutan
Hari Kebangsaan Jerman di Malaysia untuk siaran seluruh dunia,
terbitan DW di Negara Jerman.
- Skrip-skrip iklan dan informercial
untuk MAXIS, TMnet, Astro, Kotex dan Maybelline
- Video-video pendidikan tentang
sumbang mahram untuk Women’s Crisis Center (WCC) (2002,
2005)
- Fang – filem cereka
yang dalam proses penerbitan.
|